PENGENALAN
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Menurut Bear, Wolf dan Risley (1968) tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai.
Terdapat pelbagai pandangan mengenai tingkah laku daripada orang ramai. Pada umumnya, terdapat pelbagai perkataan digunakan untuk menggambarkan tingkah laku- ‘aktiviti’, ‘perbuatan’, ‘bergerak balas’, dan ‘reaksi’ (Martin & Pear, 1996). Kamus Dewan (1979) pula menyatakan bahawa tingkah laku ada pelbagai ragam dan pelbagai laku.
Pengurusan tingkah laku pula adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu. Pengurusan tingkah laku juga boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
JENIS-JENIS TINGKAH LAKU
i. Tingkah Laku Positif
Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku positif merujuk kepada tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar dan proaktif (Ee Ah Meng, 2002).
Pelajar yang bersifat sedemikian didorong oleh sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka akan melakukan apa sahaja sehingga mereka menemui jawapan yang diingini. Selain itu, murid-murid yang tergolong dalam tingkah laku positif biasanya dapat memahami sesuatu konsep dengan cepat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya, murid-murid yang cepat belajar akan berasa bosan. Lantaran itu, mereka akan mula menimbulkan pelbagai jenis gangguan seperti mengusik rakan yang duduk berdekatan. Hal ini akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
ii. Tingkah Laku Negatif
Tingkah laku negatif ialah tingkah laku yang memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka selalunya sering mengganggu pelajar di dalam kelas dan cenderung memberontak. Mereka juga cenderung melakukan aksi ganasa dan mempunyai tahap kesabaran yang rendah. Mereka juga sukar dikawal oleh guru.
Tingkah laku destruktif paling kerap terjadi dalam kalangan pelajar yang berumur di antara 10 hingga 14 tahun. Sikap agersif mereka akan kelihatan dalam tingkah laku destruktif. Jenis-jenis tingkah laku destruktif termasuklah vandalisme, aktiviti kumpulan liar, bergaduh, dan kegiatan mengugut. Mereka sering melakukan perkara-perkara negatif sehinggah menimbulkan kekecohan.
Kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran
Terdapat beberapa kesan yang akan berlaku jika masalah disiplin tidak dibendung dalam sesebuah sekolah.
1. Masalah disiplin
Hal ini akan menganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terutama sekali pelajar yang bersikap agersif dan tidak mendengar teguran guru-guru.
2. Keciciran
Apabila murid yang nakal tidak fokus semasa di dalam kelas, maka dia tidak dapat memahami apa yang diajari oleh guru. Dia akan mengalami pelbagai masalah dalam pembelajara. Akibatnya dia gagal dalam peperiksaan.
3. Mewujudkan hubungan yang tidak baik
Hal ini akan mengakibatkan hubungan yang tidak baik di antara pelajar nakal dengan pelajar yang lain. Mereka tidak akan ingin bergaul dengan pelajar yang nakal. Akibatnya dia sukar untuk meminta bantuan dalam pelajaran.
PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
Jika disiplin pelajar dapat diselesaikan oleh guru kaunseling, maka kes akan ditutup dan laporan tindakan akan direkodkan oleh guru kaunseling dan guru kelas. Namun, sekiranya masih gagal menyelesaikan maka kes akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin. Guru disiplin akan melaksanakan tindakan-tindakan relevan untuk menyelesaikan kes tersebut. Manakala kes yang lebih berat akan dirujuk kepada Guru Besar atau pengetua. Seterusnya Guru Besar akan membuat keputusan sama ada kes tersebut perlu dirujuk kepada pihak luar seperti polis, hospital, dan sebagainya. (Myint Swee Khine, 2005 dalam Halizah Hamzah et.al.,2014). Terdapat beberapa tindakan yang boleh diaplikasikan daripada KPM untuk pengurusan tingkah laku pelajar.
1. Pencegahaan
Ø Mewujudkan iklim positif dalam bilik darjah bagi meransang dan menggalakan tingkah laku yang baik.
Ø Mewujudkan hubungan yang baik antara guru dengan pelajar seperti empati, bersikap peramah, sentiasa memberi penghargaan kepada pelajar dan mengambil berat.
Ø Memastikan pelajar mematuhi peraturan rutin bilik darjah yang telah disepakati antara guru.
2. Pembetulan
Ø Laksanakan hukuman yang telah diketahui oleh pelajar sekiranya pelanggaran berlaku dan pastika hukuman tersebut relevan dengan kesalahan tersebut.
Ø Memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini dengan cara menukarkan tempat duduk.
Ø Bimbing pelajar yang bertingkah laku negatif . Pelajar yang kerap didedahkan dengan tingkah laku baik akan mendorongnya untuk berkelakuan baik.
3. Didikan
Ø Guru hendaklah menunjukkan contoh pengamalan didiplin yang baik seprti bertutur dengan bahasa yang sopan, bertatatertib, menepati masa, berdedikasi, rajin, berpakaian kemas dan sebagainya.
Ø Guru hendaklah menyedarkan pelajar tentang kesalahan yang telah dilakukan. Namun, sekiranya usaha untuk mengubah kelakuannya tidak berjaya, bantuan guru kaunseling diperlukan.
Ø Memberikan tanggungjawab yang mempunyai unsur-unsur kepimpinan kepada pelajar yang kerap menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti menjadi ketua kumpulan atau ketua kelas, menjaga kebersihan kelas, menolong guru mengangkat buku latihan dan sebagainya.
4. Hukuman
Pembuangan - Hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan berat.
Penggantungan- Melarang pelajar untuk memasuki kawasan sekolah atau menikmati kemudahan sekolah
Denda- Hukuman seperti pembayaran wang atau melakukan kerja komuniti.
Amaran- dikenakan apabila salah laku murid adalah kesalahan ringan. Amaran boleh dikenakan sama ada secara lisan atau bukan lisan.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, guru perlulah bijak dalam mengawal tingkah laku murid-murid. Hal ini demikian kerana, murid-murid merupakan tanggungjawab guru ketika berada di dalam sekolah. Murid-murid yang mempunyai tingkah laku negatif haruslah dibantu suppay tidak ketinggalan dalam pelajaran. Oleh itu, guru mempunyai peranan yang besar dalam mendidik murid-murid.
Rujukan
Comments
Post a Comment