PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan. Gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat yang terpenting di sekolah.
Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama seorang guru dalam menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Seorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak menjalankan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau seorang yang berpengaruh di luar bilik darjah. Oleh itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif .
ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN BILIK DARJAH
i. IKLIM DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH
Iklim dan persekitaran bilik darjah berkait rapat dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan biik darjah. Suasana bilik darjah merupakan asas untuk menentukan keadaan pembelajaran. Susana bilik darjah yang kondusif mampu memberikan mood belajar yang baik . Olehitu, susana bilik dajah harus dapat dikawal dengan baik oleh guru-guru.
Kerusi, meja dan perabot-perabot di kelas haruslah di susun dengan baik dan strategik. Susunatur yang baik ini membolehkan guru memerhati semua pelajarnya dan seterusnya dapat mengendalikan bilik darjah dengan mudah. Pada masa ini, susunatur kerusi dan meja digalakkan mengikut cara pembelajaran abad ke-21. Kedudukan pelajar pada abad ke-21 adalah secara berkumpulan. Hal ini membolehkan pelajar melakukan perbincangan tentang topik-topik yang diajar.
Selain itu, ruang yang kerap digunakan seharusnya tidak mempunyai sebarang halangan dan mudah dilalui. Pelajar juga perlu berada dalam kedudukan yang selesa supaya mereka dapat melihat guru dengan mudah tanpa perlu berpaling ataupun bergerak ke mana-mana. Perhiasan di dalam bilik darjah juga haruslah berpadah-padah. Hiasan yang keterlaluan juga memudahkan murid-murid untuk hilang fokus ketika berada di dalam kelas.
ii. KOMUNIKASI
Komunikasi antara guru dan murid amat penting ketika di dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, sama ada dalam bentuk lisan ataupun bukan lisan. Sekiranya mesej yang disampaikan difahami oleh audience maka komunikasi tersebut adalah berkesan. Komunikasi adalah kemahiran insaniah yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini demikian kerana, guru berperanan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Oleh itu, guru perlulah mahir dalam komunikasi.
Terdapat dua bentuk komunikasi iaitu komunikasi satu hala dan komunikasi dua hala. Komunikasi satu hala bermaksud maklumat yang disampaikan oleh pengirim kepada penerima tanpa sebarang respons atau tindakan susulan. Komunikasi dua hala pula terjadi apabila maklumat yang disampaikan mendapat respons daripada penerima. Dalam memahami konteks komunikasi yang lebih meluas, aspek pemahaman sosiobudaya bagi sesuatu kelompok masyarakat adalah penting bagi bakal guru.
Kemahiran komunikasi yang berkesan tidak dapat dikuasai dalam masa yang singkat. Bakal guru boleh mepraktikannya seawal semester pertama di Institusi Pendidikan Guru. Kemahiran komuikasi juga boleh dipupuk dengan melibatkan diri di dalam pembentangan kuliah dan melibatkan diri dengan aktiviti universiti. Selain itu, rakan yang datang daripada pelbagai pelosok negara turut membantu pendedahan awal bakal guru bagi meningkatkan kemahiran komunikasi antara pelbagai budaya.
iii. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah penting dan sangat berkait rapat. Hal ini melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar. Guru perlulah memastikan objektif dan matlamat pembelajaran kelas tersebut dapat dicapai. Guru perlulah cekap dalam pengurusan pengajara dan pembelajaran, justeru guru perlu bijak dalam menyusun organisasi pembelajaran, mencorak iklim dalam bilik darjah dan berkaitan dengannya. Guru juga perlu membuat penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi semasa di dalam bilik darjah.
Semasa proses pembelajaran dijalankan, guru perlulah melibatkan murid secara aktif sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menggalakkan murid untuk memberikan idea. Hal ini dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan kemahiran insaniah mereka . Apabila murid-murid terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran, mereka akan lebih banyak menerima ilmu. Hal ini demikian kerana mereka belajar melalui pengalaman. Hal ini melibatkan komuikasi dua hala.
Seterusnya, guru perlulah mengunakan kaedah pengajaran yang unik dan berlainan dalam proses pengajaran. Guru perlulah kreatif dalam memilih kaedah pengajaran supaya murid tidak bosan dan objektif pengajaran dapat dicapai. Namun demikian, dalam memilih kaedah pengajaran, kaedah tersebut haruslah bersesuaian dengan subjek dan murid yang diajar. Guru juga perlu memahami kaedah pengajaran yang digunakan dengan lebih mendalam. Kejayaan dan kesan positif dalam pembelajaran murid-murid perlu dipastikan oleh guru. Kaedah yang digunakan haruslah dapat meransang murid-murid berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif.
Perancangan yang teliti haruslah dilakukan oleh setiap guru sebelum memulakan sesi pengajaran. Rancangan pengajaran haruslah dilakukan sebelum sekolah bermula. Persediaan mengajar merangkumi rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain-lain. Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia akan melalui beberapa fasa atau peringkat yang berurutan yang biasanya dibentuk dalam pengajaran tahunan.
KESIMPULAN
Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Guru perlulah mengetahui aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah berusaha dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang perkara yang di ajari.
Rujukan
Comments
Post a Comment