Apa itu pengurusan? Menurut Harold Koontz (1972 pengurusan adalah satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Mary Parker Follet (1995), seorang pelopor pengurusan klasik menyatakan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain. Dalam Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al-falah di dunia dan di akhirat.
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Dalam konteks mengurus pembelajaran, terdapat pengurusan bilik darjah. Bilik darjah tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah adalah tempat di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Menurut Moore (2001), pengurusan bilik darjah ialah proses mengatur dan melaksana segala urusan bilik darjah bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dengan sempurna. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat terjadi jika:
- Pelajar mempunyai tingkah laku yang dapat melibatkan diri secara maksimum sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
- Tingkah laku yang mengganggu tugas guru
- dan pelajar lain dapat dikurangkan.
- Masa yang sedia ada digunakan untuk pembelajaran secara efisyen.
TUGAS GURU
Guru mempunyai peranan yang penting dalam mengurus pembelajaran. Seorang guru mempunyai tugas untuk mengurus bilik darjah. Selain itu, mereka juga mengurus pelajar-pelajar untuk menjalankan tugas mereka. Pelajar haruslah dipastikan untuk mematuhi jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah seperti menyusun meja dan kerusi. Guru-guru juga haruslahkan mengurus pelajar-pelajar supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah dan mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tugas seorang guru juga untuk mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah:-
- Merancang
- Mengelola
- Mengarah
- Mengawal
MERANCANG
- Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid.
- Merancang pemeringkatan isi pelajaran.
- Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
- Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Merancang bahan-bahan pengajaran.
- Merancang aktiviti kumpulan.
- Merancang aktiviti penilaian.
MENGELOLA
- Mengurus rutin bilik darjah.
- Mengurus aktiviti murid.
- Mengurus bahan-bahan pelajaran.
- Mengurus disiplin bilik darjah.
- Mengurus aktiviti kumpulan.
MENGAWAL
- Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.
- Mengawal aktiviti kumpulan.
- Mengawal murid bermasalah peribadi.
- Memastikan masalah disiplin tidak timbul.
MENGARAH
- Mengarah murid menjawab soalan guru.
- Mengarah murid mendengar, membaca, mengira dan menulis.
- Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.
- Mengarah murid menjalankan aktivit pembelajaran.
Kesimpulan
Guru memainkan peranan yang penting sebagai 'role model' dalam mengurus pembelajaran. Berjaya atau tidak untuk seorang pelajar menerima pembelajaran adalah bergantung kepada kekreatifan guru menyampaikan pelajaran. Tugas seorang guru amat berat untuk melahirkan sorang pelajar yang berjaya dan berakhlak mulia. Minat pelajar terhadap sesuatu pembelajaran berasaskan strategi mengurus bilik darjah yang terancang dan menarik.
Comments
Post a Comment