TAJUK 9 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

TOPIK 9 :PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
           
Dalam bab pengurusan penasihatan murid,guru atau individu akan didedahkan bagaimana menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam kalangan murid agar proses pembelajaran dapat dijalankan dengan baik.Menurut kamus dewan edisi ke-4,nasihat bermaksud ajaran,petunjuk yang baik ,pengesyoran,peringatan diberikan kepada seseorang tentang pelbagai hal.Pengurusan pula bermaksud proses memimpin,mengelola,merancang dan mengawal.Terdapat 3 konsep utama dalam pengurusan penasihatan murid iaitu bimbingan,penasihatan dan mentoring.

KONSEP PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
  • ·       BIMBINGAN
  • ·         PENASIHATAN
  • ·         MENTORING


BIMBINGAN
Konsep bimbingan ialah proses membantu individu atau murid dalam membuat keputusan yang baik serta memberi kesan dalam kehidupan mereka.Proses ini juga membantu murid dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran supaya objektif pengajaran dapat dicapai dengan cemerlang.
PENASIHATAN
Proses menasihati individu atau murid yang mengalami permasalahan dalam pembelajaran atau kehidupan mereka agar dapat menguruskan dan menyelesaikan masalah dengan baik.
MENTORING
Konsep mentoring pula bermaksud proses memberi bimbingan,sokongan ,bantuan atau di bawah kawalan guru-guru professional iaitu guru yang terlatih untuk membantu menghadapi krisis atau masalah.Proses ini melibatkan mentor dan mentee.


TEORI PSIKOANALITIK
Teori ini diperkenalkan oleh Sigmund Freud dan Josef Breurer.Teori ini menekankan manusia normal menikmati hidup dengan berkasih sayang dan bekerja.Akal manusia dibahagikan kepada 3 iaitu sedar,pra sedar dan bawah sedar.Struktur keperibadian manusia juga dibahagikan kepada 3 komponen iaitu id,ego dan super ego.

TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU
Teori ini diperkenalkan oleh Alfred Adler yang menekankan manusia bermasalah kerana mempunyai andaian yang salah ,matlamat yang salah dan wujudnya rasa rendah diri.Kegagalan seseorang individu berhadapan dengan cabaran hidup mendorong mereka melakukan kesilapan atau mereka akan bersifat lemah dan kurang keyakinan diri. Dengan mempunyai kepentingan sosial yang tinggi, individu amat mementingkan kebajikan orang lain dan usaha yang dibuat untuk menyumbang kepada kebajikan masyarakat dalam membantu seseorang individu untuk menyesuaikan diri dengan baik di samping mengurangkan perasaan tertekan.

STRATEGI & TEKNIK PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Strategi ialah kaedah untuk membantu murid dalam menyelesaikan krisis yang dihadapi.Teknik pula strategi intervensi khusus yang digunakan dalam kaunseling atau penasihatan dalam tujuan tertentu.Terdapat 3 strategi dan teknik iaitu teknik berasaskan pendekatan afektif,teknik berasaskan pendekatan behavioural serta teknik berasaskan pendekatan kognitif.
Teknik berasakan pendekatan afektif berkaitan nilai, sikap, minat, keprihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan, dan mempunyai sahsiah yang baik. Ia memberi satu kesan atau perubahan dalam seseorang atau sesuatu.
Teknik berasaskan pendekatan behavioural berkaitan tingkah laku murid yang mencerminkan keperibadian mereka melalui pengalaman lepas.Keperibadian murid dapat dilihat yang berupa tingkah laku baik mahupun tingkah laku yang buruk.
Teknik berasaskan pendekatan kognitif dikaitkan dengan cara individu berfikir tentang diri mereka yang mempengaruhi tingkah laku mereka.Untuk memotivasikan murid,guru perlulah menekankan perasaan dan naluri ingin tahu dan menyokong murid untuk berjaya dan cemerlang dalam pembelajaran seterusnya dapat membantu mereka menghadapi masalah yang dihadapi.

Kesimpulannya,pengurusan penasihatan murid amat diperlukan dan dititikberatkan supaya murid dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pembelajaran serta dalam kehidupan mereka.Sebagai guru perlulah sentiasa memberi nasihat serta bimbingan kepada murid-murid serta memberikan sokongan moral seperti pujian atau rasa kasih sayang.Hal ini akan meningkatkan potensi murid dalam pembelajaran serta melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.

RUMUSAN
Zuraidah Abd Rahman. (1990). Perkembangan Diri Pelajar-Pelajar Dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Berita Bimbingan dan kaunseling (8)1.
https://www.academia.edu/37779299/FOLIO_KPS_3014_PENGURUSAN_PEMBELAJARAN_

Comments