PENGURUSAN SUMBER
Pengurusan sumber sangat penting dalam mencapai sesuatu misi atau visi. Melalui pengurusan sumber yang berkualiti, tidak mustahil pihak sekolah dapat menghasikan individu yang berkualiti, produktif. Selain itu, pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut.
Definisi
Pengurusan Sumber bermaksud bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.
Pengurusan
Pengurusan ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan bagi mencapai matlamat organisasi.
Proses perancangan - sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program.
Penyusunan - melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.
Pengarahan - dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni.
Pengawalan - membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil kira.
Sumber
- Sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan oleh manusia yang terdapat disekeliling kita bagi memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.
- Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru Contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.
- Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari.
Sumber tertier dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.
Kepentingan Sumber
1. Komunikasi
- Melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat
- Disalurkan melalui media tertentu, contohnya, media cetak , video atau media sosial.
- Contoh disekolah : Guru sebagai pengirim dan murid sebagai penerima
2. Untuk memberi galakan
- Pelajar lebih cendurung untuk belajar
- Mempunyai keinginan yang tinggi untuk belajar lebih mendalam.
3. Maksud dan konsep
- Menerangkan maksud dan konsep menggunakan sumber
- Dapat dipraktikan didalam kelas untuk kegunaan sesi pembelajaran
- Meningkatkan taraf ilmu murid-murid disekolah.
JENIS SUMBER DI SEKOLAH
Pusat Sumber/Perpustakaan
Pusat sumber sekolah memuatkan koleksi maklumat dan sumber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar. Ia juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan. Contohnya dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital. Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca.
Objektikf pusat sumber
1. Mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber .
2. Membantu mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka.
3. Memberi latihan kepada para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan.
4. Membekalkan pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
FUNGSI PUSAT SUMBER
Menyediakan dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang berkualiti. Sebagai tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran.Menganjurkan aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.
Makmal Sains
Definisi :
Merupakan salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untuk pengajaran pembelajaran amali sains dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal . Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan
Kepentingan Makmal Sains:
Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengurusan sumber yang baik dan teliti akan memberikan banyak kebaikkan kepada institusi pendidikan seperti sekolah. Ini kerana pihak pengurusan sekolah dapat memberikan jaminan kepada para pelajar dengan adanya maklumat yang banyak boleh didapati dipusat sumber contohnya yang terdapat disekolah. Para guru juga perlu mendedahkan para murid dengan kelebihan dan kebaikkan yang boleh diperolehi dari pengunaan maksimum yang ada di pusat sumber mahupun makmak sains di sekolah masing-masing.
Comments
Post a Comment