TAJUK 12 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


TOPIK 12 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Sekolah merupakan tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu) Dalam bab ini,persekitaran amat penting dalam mewujudkan institusi sekolah yang dinamik serta dapat bekerjasama dengan pihak lain.

PERSEKITARAN FIZIKAL

Persekitaran fizikal melibatkan susunan meja , kerusi dan papan putih serta ruang yang selesa dan bersih untuk menjalankan proses pembelajaran yang sempurna.Sumber bahan pembelajaran juga termasuk dalam persekitaran fizikal kerana sumber pembelajaran yang cukup amat penting dalam membantu murid mencari bahan-bahan pembelajaran.Pengudaraan dan kebersihan yang sempurna juga penting dalam memastikan persekitaran fizikal terjaga.

PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL

Persekitaran psikososial pula menekankan suasana persekitaran yang selesa dan mesra,suasana yang merangsang pembelajaran yang berkesan dan efektif,bebas daripada ancaman atau bahaya dan memberi peluang yang sama rata kepada murid.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT

Sekolah adalah sistem sosial dan menjadi agen perubahan kepada murid supaya murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan baik serta memberikan kesan baik kepada pihak sekolah serta masyarakat setempat.
Di dalam sekolah,terdapat 3 pihak yang terlibat secara langsung dalam mewujudkan hubungan yang baik iaitu guru,murid dan pihak pentadbir.Situasi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mewujudkan hubungan di antara guru dan murid,hal ini dapat mencapai matlamat masyarakat terutama dalam aspek akademik dan sahsiah yang baik.
Hubungan antara pihak sekolah dan pihak luar seperti ibu bapa,penjaga dan komuniti-komuniti.Peranan guru amat penting dalam mewujudkan hubungan baik antara pihak sekolah dan pihak luar kerana sekolah merupakan proses sosialisasi berlaku iaitu proses untuk membaiki tingkah laku murid dari buruk kepada baik.Guru juga perlu membantu dalam meningkatkan proses membentuk fikiran kritis dan kreatif murid-murid supaya memudahkan murid menguruskan pembelajaran mereka.
Ibu bapa juga memainkan peranan dalam mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah.Ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak dalam mengatasi sebarang masalah pembelajaran anak-anak.Sebagai contoh,ibu bapa mengaktifkan diri dalam PIBG untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh anak-anak dalam proses pembelajaran , justeru itu dapat merapatkan hubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Kesimpulannya,sekolah merupakan elemen paling penting dalam mewujudkan hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan pihak luar sekolah agar murid-murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan baik dan efektif.Persekitaran yang baik dan sempurna dapat mempengaruhi dan memberi kesan yang baik kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta memberikan peluang dan suasana yang selesa kepada murid-murid untuk menuntut ilmu dengan selesa. Oleh itu, pengurusan sekolah dan persekitaran dianggap sebagai agen perubahan sosiolisasi dan budaya ilmu pelajar.

RUJUKAN




Comments