TOPIK 11 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Pendidikan
khas didefiniskan sebagai pendidikan yang disediakan khas untuk murid-murid
yang berkeperluan khas.Murid-murid berkeperluan khas juga murid yang bermasalah
dalam pembelajaran sama ada dari segi fizikal atau mental sebagai contoh kurang
upaya penglihatan atau kerencatan akal. Menurut Falsafah Pendidikan Khas, Pendidikan
khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
falsafah pendidikan negara.
OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS
·
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan
untuk murid-murid dengan keperluan khas
· Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
· Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
· Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
· Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
· Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
· Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
· Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
· Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
PEMULIHAN
Pemulihan
merupakan satu bentuk program yang disediakan bagi mengatasi dan menyelesaikan
masalah
murid-murid yang mempunyai kelemahan terhadap kemahiran tertentu serta
memulihkan kepada keadaan asal.Antara program pemulihan adalah program
pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR,Program Literasi & Numerasi (LINUS) ,
Kelas intervensi awal 2M (membaca , menulis) , PROTIM (membaca,mengeja,menulis).Program
pemulihan ini dapat mengenalpasti murid yang bermasalah serta pencapaian rendah
dapat dikenal pasti.
PENGAYAAN
Program
pengayaan merupakan program tambahan untuk murid berkeperluan khas kerana
program ini memerlukan tahap pemikiran yang lebih tinggi dan kritis.Program ini
juga membantu murid dalam meningkatkan minat dan keperluan murid-murid dalam
menjalani proses pembelajaran yang berkesan. Menurut Gubbles, Segers &
Verhoeven (2014), program pengayaan ini merupakan satu program yang penting
untuk pelajar khas dan berlainan upaya kerana program ini akan memberikan
pengalaman yang mencabar serta memberi peluang kepada mereka untuk bergaul
dengan individu lain yang mempunyai minat dan bakat yang sama.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Teori
ini diperkenalkan oleh Howard Gardner yang menekankan kesemua murid atau
individu mempunyai kecerdasan yang berbeza.Kecerdasan seseorang individu tidak
boleh diwarisi kerana ia dipengaruhi oleh persekitaran,budaya,peluang
pendidikan atau pembelajaran.Terdapat 8 kecerdasan Howard Gardner iaitu
kecerdasan verbal linguistik,kecerdasan logikal matematik,kecerdasan
visual,kecerdasan intrapersonal,kecerdasan interpersonal,kecerdasan
naturalis,kecerdasan muzik serta kecerdasan kinestetik.Setiap inidivu mempunyai
kelebihan dan kecerdasan yang berbeza kerana setiap individu adalah istimewa
supaya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan mengaplikasikan
pelbagai kecerdasan tersebut.
PERANAN GURU
Guru
memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid yang berkeperluan khas
kerana murid-murid amat memerlukan sokongan dan semangat motivasi daripada
orang-orang sekeliling supaya murid-murid yang berkeperluan ini dapat melalui
proses pembelajaran seperti murid lain.Guru perlulah membantu murid
berkeperluan khas ini dengan menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian
dengan murid-murid untuk meningkatkan tahap keberkesanan murid-murid dalam
mencapai matlamat pembelajaran.Seterusnya,kaedah pembelajaran yang berbeza
mengikut masalah murid-murid perlu dipertingkatkan dan dilaksanakan supaya
rancangan pembelajaran yang telah dirancang dan disediakan.Oleh itu,guru
perlulah melaksanakan teknik pembelajaran yang kreatif dan inovatif supaya
proses pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.
Kesimpulannya,murid
pelbagai upaya perlulah dibantu dan diuruskan dengan baik agar mereka tidak
ketinggalan serta dapat membantu mereka dalam menguruskan diri dalam kehidupan
harian.Semua pihak perlulah sentiasa memainkan peranan dalam pengurusan murid
pelbagai upaya ini supaya proses pembelajaran murid tersebut dapat dilaksanakan
dengan efektif.
RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Garis
Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
Comments
Post a Comment