Pengurusan Pelbagai Sumber
Dari segi bahasa, pelbagai membawa maksud lebih daripada satu pilihan atau jenis. Budaya pula menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Keempat) ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi serta sifat budaya yang berkaitan kebudayaan yang sudah maju. Pelbagai budaya pula membawa maksud perbezaan sosial budaya yang dibawa oleh individu atau kumpulan. Di Malaysia, terdapat pelbagai budaya disebabkan oleh pelbagai kaum yang ada di negara kita. Guru memainkan peranan sebagai agen untuk mencapai keharmonian
dalam masyarakat yang pelbagai.
Perbezaan Individu dan Proses Pembelajaran
Setiap pelajar adalah berbeza perwatakannya sama ada dari aspek minat, gaya pembelajaran serta penerimaan pelajar ketika proses Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Perbezaan bangsa, agama, taraf keluarga dan status pelajar juga akan memberi kesan dalam proses pembelajaran mereka.Oleh itu, setiap guru perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai mengikut tahap pembelajaran pelajar tersebut. Guru juga tidak boleh bersikap berat sebelah dalam mengajar pelajarnya.
Kepelbagaian Pelajar dan peranan Sekolah
- Untuk menangani ciri kepelbagaian di dalam kelas, pihak sekolah boleh menggunakan model pendidikan inklusif.
- Pendidikan inklusif ialah usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu.
- Menggalakkan perubahan peranan sekolah khas :
- Membuka peluang kepada pelajar OKU
- Sebagai pusat rujukan dan perundingan
- Memberi kursus dalam perkhidmatan kepada guru biasa.
Jenis-jenis pembezaan dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan
1. Isi Kandungan
2. Minat
3. Kadar
4. Tahap
5. Akses
6. Respon
7. Urutan
8. Masa guru
9. Cara pengajaran
10. Pengumpulan
Guru Pelbagai Budaya yang Berkesan
Meliputi 3 aspek iaitu
Berpengetahuan – Setiap guru perlu memahami budaya setiap pelajarnya. Sebagai contoh, guru kelas perlu menyimpan rekod latar belakang pelajar.
Berkemahiran – Guru boleh mensuaikan diri dengan keadaan pelajar.
Bersikap positif – Guru dapat menjana kesan yang positif sesuai dengan budaya di persekitaran
Cara Menangani Kepelbagaian Pelajar
Program perguruan asas
- Memastikan sukatan pelajaran di maktab / universiti sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
- Mengadakan kursus atau ceramah untuk menangani masalah kepelbagaian pelajar.
- Memastikan adanya kursus secara berterusan diadakan buat saban tahun untuk sentiasa peka terhadap isu semasa.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, saya boleh merumuskan bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak murid tanpa mengira mahupun pilih kasih berdasarkan latar belakanag seseorang pelajar tersebut. Contohnya, guru hendaklah memberikan sepenuh dedikasi untuk mengajar para murid-murid tanpa bersifat pilih kasih terhadap para pelajar mereka disekolah. Guru yang terpuji wajib mempunyai sikap yang terpuji didalam mendidik para murid untuk mengekalkan tujuan asal mereka mendidik dengan kesungguhan yang terpuji agar anak didik dapat berjaya dari segi akademik semasa dibangku persekolahan.
Comments
Post a Comment